Recent Posts

Tuesday, May 22, 2012

10 tekanan mahasiswa/wi berkaitan kehidupan di kampus.

10 tekanan mahasiswa/wi berkaitan kehidupan di kampus.

Kehidupan seorang mahiswa/wi sememangnya tertekan dengan pelbagai jenis tugasan yang di letakkan, tetapi segala tekanan itu bukannya datang dari akademik semata2. Pelbagai sudut tekanan yang datang menerpa mereka sepanjang status mereka sebagai mahasiswa/wi. kebanyakannya datang daripada perkara di luar bidang dan tanggungjawab mereka. antaranya ialah:

1- Bila di arahkan oleh mana2 pensyarah untuk melakukan sesuatu perkara yang tidak berkaitan langsung dengan main aim mereka di universiti..

2-Bila dimaki hamun pensyarah yang beranggapan pelajar adalah lembu belaan  mereka yang boleh mereka buat sesuka hati.

3-Bila kesalahan orang lain diletakkan diatas mahasiswa/wi tersebut tanpa memikirkan apa yang mahasiswa/wi itu rasa.

4-Bila henfon sentiasa berdering dan luahan hati dari pensyarah yang tidak sepatutnya dikongsikan tetapi tetap juga diberitahu.

5-Bila tiba2 diberitahu yang meeting / perjumpaan akn diadakan dalam masa 5 minit lagi tanpa notis awal. (ingat mahasiswa/wi ni robot ke ape?)

6-Bila dengan sewenang-wenangnya dimaki hamun di depan orang ramai walaupun kesalahan itu tidak disengajakan walhal kesalahan tersebut berpunca dari si pemaki.

7-Bila semua kerja diletakkan atas satu bahu dan di gertak untuk siapkan awal kerja tersebut tanpa sebarang rasa bersalah.

8-Bila pensyarah berbuat baik terhadap mahasiswa/wi tetapi diungkit dan diceritakan oleh golongan lain.

9-Bila pensyarah saling menggulingkan antara satu sama lain walaupun perkara itu tidak sepatutnya berlaku..(kesannya kepada mahasiswa/wi dalam akademik)

10-Bila terpaksa mengikut segala kerenah pensyarah sepanjang masa. perangai mengalahkan budak2, x sesuai dengan status pensyarah.

p/s : wahai pensyarah2 di muka bumi ini...kamu diciptakan dengan akal fikiran yang baik dan tiada cacat cela..jagalah perbuatan kamu.. sehebat mana kamu sekiranya tidak mendapat kehormatan dari pelajar. kamu tiada apa2...janganlah kamu riak dan takbur dengan apa yang kamu miliki...pelajar sememangnya perlu mendengar bahkan mengikut arahan kamu, tetapi setelah sedar mereka di main2kan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab...mereka akn mula mencemuh kamu...

maaf kepada siapa yang terasa dengan entry ini, ini sekadar luahan seorang mahasiswa/wi terhadap apa yang telah dilaluinya...

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Powered By PiyeCoolNesloBeng

Anda Bila Lagi??