Recent Posts

Monday, January 30, 2012

Produk Apple Yang pernah gagal

Selepas berita pengunduran Steve Job dalam Syarikat Apple, barulah cerita mengenai beberapa barangan Apple sebelum ini pernah mengalami kegagalan. Siapa sangka, syarikat yang terkenal di Amerika Syarikat ini pernah gagal dalam mengeluarkan gajet terkini. Antara barangan Apple yang pernah gagal adalah The Apple Lisa (1983), MobileMe, Quicktake (1994), Twentieth Anniversary Mocintosh (1997), Pippin (1996).




                                                                        1. The Apple Lisa
The Apple Lisa di cipta pada tahun 1983. Dilaporkan bahawa nama The Apple Lisa ini di ambil sempena nama anak Steve Job. Salah satu sebab kegagalan barangan Apple ini adalah kerana harganya yang terlalu tinggi.


                                                                          2. MobileMe
MobileMe dicipta untuk mengakses dah mengedit gambar, fail, kenalan dan kelandar dari lokasi yang jauh. Barangan ini gagal mendapat sambutan kerana ianya gagal berfungsi ketika hari pelancaran.
 
 
 
3. QuickTake (1994)
QuickTake adalah sejenis kamera dan tergolong dalam kumpulan kamera digital terawal di dunia. Kelemahan camera ini adalah boleh mengambil gambar 640×480 revolusi, tiada mempunyai fokus dan hanya boleh menyimpan 8 gambar. Gagal mendapat sambutan kerana terpaksa bersaing dengan puluhan jenis kamera ketika itu.
 
4. Twentieth Anniversary Mocintosh (1997)
Twentieth Anniversary Mocintosh (1997) atau lebih dikenali dengan TAM merupakan salah satu desktop yang pertama menggunakan skrin LCD. Dilengkapi dengan pembesar suara dan papan kekunci. Namun, kegagalan barangan ini adalah di sebabkan harganya yang terlalu mahal. Harga sebuah TAM ini mencecah $7000 dan sangat tidak berbaloi.
 
5. Pippin
Pippin adalah permainan konsol seperti nintendo 64 dan Playstation. Kegagalan barangan Apple ini kerana harganya yang terlalu mahal dan modemnya sangat perlahan. Pada May 2006, Pippin ini termasuk dalam senarai “25 gajet paling teruk sepanjang masa” yang di keluarkan oleh PC Magazine World.
 

Read more...

Syair Hujan ( sekarangkan musim hujan)

sekarang sentiasa hujan, so aku terpikir2 apa yang nak dipostkan.. tiba2 dengan izin Allah, aku terlihat syair nie...so, apa lagi, copypaste jea la..hehehehe...kepada semua, pandai x bersyair? aku dah cuba, tapi x boleh, nafasku pendek..hehehehekepada anda semua, cubalah syair nie..:)

Hujan turun membasahi bumi
Rumput yang layu hidup kembali
Binyi kodok bagaikan bernyanyi
Untuk mengisi indahnya hari

Awan mendung gelap gulita
Cahaya terang hilang seketika
Hujan pun turun bagaikan gempa
Deras dan kuat menghacuri taman bunga

Bunga yang indah hancur ditangkai
Tanah yang ku timbun hancur berkecai
Cacing-cacing masuk kedala tanah
Gerakan cepat  hati yang resah

Hujan yang deras telah sirna
Hujan gerimis datang menjelma
Burung-burung bernyanyi dan gembira
Bernyanyi merdu dan terbang kemana-mana

Burung wallet terbang keangkasa
Berterbangan dan bernyanyi bersuka ria
Menikmati indah alam raya
Mendung berkabut penuh bermakna

Hujan yang turun mulailah reda
Angin berhembus dingin terasa
Menusuk hati didalam rasa
Damai terasa merasuk jiwa

Angin meniup membasah batang
Daun melambai bagaikan berdendang
Mengalunkan bunyi bagaikan gendang
Menyatukan hati untuk bergoyang

Hujan deras datang kembali
Halilintar yang kuat berbunyi-bunyi
Kodok berdendang tak ada lagi
Burung yang terbang kini bersembunyi

Suasana hari terus mencekam
Guruh berbunyi bagaikan menerkam
Burung bernyanyi hilang membungkam
Kodok bersembunyi diair yang dalam

Rasa dihati takut sekali
Suara yang keras menusuk hati
Menggemparkan seluruh bumi
Bunyi yang kuat penuh berisi

Menunggu ibu entah kemana
Hujan mengguyur dimana-mana
Hati yang resah terus terasa
Duduk terdiam terpaku dan terpana

Tak berapa lama aku duduk
Bunyi suara pintu terketuk-ketuk
Rupanya ibu yang mengetuk
Ibuku pulang dari membeli kue getuk

Kemudian duduk bersama ibu
Ibu pun memasak air diatas tungku
Duduk bersama diatas bangku
Sambil makan kue getuk beli sama pak abu

Rasa takut hilang didada
Karena ibu telah ada
Resah telah hilang gembira datang pula
Karena ibu telah bersama

Kami tinggal dipulau sedanau
Suasana hari indah berkilau
Pohon-pohon hijau sangat memukau
Sunguh asri indah terpukau

Hamba sering duduk diatas tapak
Melihat burung bernyanyi jelas dan nampak
Meloncat-loncat bagaikan katak
Diatas dahan mangga berkepak-kepak

Suasana hati sungguh gembira
Melihat burung berdendang ria
Mengeluarkan bunyi mengalunkan nada
Bernyanyi merdu indah berirama

Tak lama kemudian ada datang
Seorang budak membawa senapang
Menembak burung sambil telentang
Kena didahan burung pun terbang

Burung pun sudahlah pergi
Suara bernyanyi tak ada lagi
Suasana hari sangatlah sunyi
Tak ada lagi yang bernyanyi-nyanyi

Duduklah hamba merenung sendiri
Melihat pelangi indah berseri
Sungguh indah berwarna-warni
Itu merupakan anugrah ilahi

Dongeng rakyat tentang  pelangi
Katanya ada banyak bidadari
Turun dari kayangan ingin mandi
Sebuah negeri tak tau dimana berdiri
Read more...

Fakta SebenarTentang Lelaki Dan Masakan

FAKTA SEBENAR LELAKI LIKE jika setuju.

• 99.9% lelaki amat pandai masak kari…..tapi megi kari jer.

• Lelaki kadang2 memang suka memasak….tapi amat malas nak basuh periuk belanga serta pinggan mangkuk…

• Apabila lelaki memasak umpama sedang bertukang umah… bukan main bising lagi.

• Adalah kebiasaan lelaki memasak tanpa memakai baju…pastu, sambil isap rokok plak…

• Menu utama masakan lelaki adalah telur goreng, sardin, telur goreng dan juga sardin. Tak   ketinggalan jugak kicap masin… 

• Jika seorang lelaki yg rajin memasak, anda akan dapati gas masakan akan cepat habis, kerana lelaki memasak selaluny guna api yg kuat…cepat sikit masak.

• Keadaan dapur rumah orang lelaki yang bersepah sepah adalah satu pemandangan biasa yang mempunyai nilai artistiknya yang tersendiri…

• Dan lelaki tidak akan merungut sekiranya masakan itu dimasakn oleh seorang lelaki..tetapi peng’komplen’ nombor  satu jika makanan itu di masak oleh wanita..

Antara sebab sebab lelaki
memasak:
• Malas nak pegi kedai
• Hampir hampir pokai
• Nak menghabiskan stock makanan yang dah nak expired
• Mental theraphy
• Konon konon nakda practice… nanti buleh amik hati pasangan
• Buang tebiat… Walaupun begitu, chef chef terkemuka dunia masih terdiri daripada kaum lelaki..
   betul x??

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Powered By PiyeCoolNesloBeng

Anda Bila Lagi??