Recent Posts

Monday, February 20, 2012

Kisah Seram Ustaz Di Bilik Mayat

Gambar hiasan yang seram
 
Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dariHospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.

Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih, badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa.

Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu, wajah jenazah semakin hitam.

Selepas lima minit berlalu, barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik mayat berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya; apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi. Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung.” Ustaz,” kata wanita itu. “Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya.” kata wanita berkenaan dengan lembut.

Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya.“Betulkah ini mayat anak mak cik?”tanya saya. “Mak cik rasa betul… tapi kulitnya putih.” “Makcik lihatlah betul-betul.” kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.

Tiba di luar saya bertanya kepadanya. “Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?” tanya saya. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu.”Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu, saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. ” kata saya untuk menggertaknya. Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata, “Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik. Tapi…” tambah wanita itu lagi “apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang, anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan.” kata wanita tersebut. Jawapannya itu memeranjatkan saya.

Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam. Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang. Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap. Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.

Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya. Selepas memperkenalkan diri, saya berkata, “Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang.”
Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, “Orang tua mana pula?” katanya. Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya, tuturannya serta pakaiannya. “Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi…. emaknya dah meninggal lima tahun lalu!” Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi ‘apakah’ yang datang menemui saya pagi itu? Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah ‘sesuatu’ yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.

Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja, dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun. Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia. Kalau 80,000 tahun?
Wallahu’alam….

Read more...

Kisah Ini Mesti Dibaca Oleh Semua Remaja Bergelar Pelajar

 
 
FIRST SAYA NAK PESAN INI BUKAN CERITA BERUNSUR LUCAH..INI HANYA UNTUK TELADAN PADA ANAK YANG BERGELAR PELAJAR
ANAK TAK KENANG BUDI….KURANG AJAR….ENGKAU MEMANG ANAK DERHAKA…!!!! Admin hanya berkongsi...
KISAH INI MESTI DIBACA OLEH SEMUA ANAK YANG BERGELAR PELAJAR….


Kisah kali ini diceritakan oleh seorang hamba Allah di sebuah taman perumahan di sekitar Ipoh(namanya dirahsiakan)…Kisah ini amat menyentuh jiwa saya apabila ianya diceritakan kembali oleh salah seorang anak murid pengajian saya di taman perumahan tersebut…..
Ceritanya mengisahkan seorang ayah dari keluarga yang miskin..kerja sendiri hanya menoreh getah..datangnya jauh dari kampung..dengan menaiki teksi..membawa beg dan barang-barang milik anak gadisnya.. yang dapat melanjutkan pelajarannya di sebuah institusi pengajian di Ipoh..menyewa di rumah sewa bersebelahan dengan rumah tuan empunya cerita ini.
“Masih saya ingat lagi ustaz…. bagaimana senyuman bangga ayah si gadis ini… yang terlalu seronok kerana anak gadisnya berjaya melayakkan dirinya menjadi pelajar di Institut Pengajian Tinggi
“Saya dapat melihat dengan jelas..bagaimana ayah si gadis ini ..sibuk mengangkat barangan anaknya..dengan mulutnya riuh rendah..sambil melemparkan senyuman kepada dirinya…sebagai jiran kepada anaknya itu.Setelah bersalaman dengannya..ayah si gadis ini ramah menceritakan kejayaan anaknya..dan anaknya itulah yang diharapkan akan menempah kejayaan ..seterusnya dapat membela hidup mereka sekeluarga suatu hari nanti.
Sedang kami berbual.. terdengar anak gadis si ayah ini merungut…katanya “Ayah…kat sini tak ada tilam..la..takkan nak tidur atas toto aje ..nanti sakit lah badan along ni..!!” kata anak gadisnya merungut manja…sambil meneruskan bebelannya dengan suara yang kurang jelas.
Ayahnya hanya tersengih..sambil menjawab “nantilah ayah belikan..tengah ni duit ayah dah habis…. beli kelengkapan kamu…kita bukan orang senang…”
“Ok lah ok lah…tapi ayah beli cepat sikit tau…nanti macam mana along nak belajar..tidur tak selesa….nanti tak boleh tidur….haaa..ganggu prestasi along..!!”
Ye la…ye la…..nanti ayah beli lah….”
Sebulan telah berlalu…si ayah belum lagi nampak ..kelibatnya membawa tilam yang dijanjikan…mungkin..sedang kumpul duit nak beli tilam agaknya…maklumlah kerja kampung bukan orang senang….rumah yang anaknya sewa pun bayarannya kongsi ramai-ramai…satu rumah duduk lapan orang.
“Apa yang tak seronoknya ustaz ialah….budak-budak perempuan di sebelah rumah saya tu…pada mula mereka duduk menyewa tiada apa masalah ataupun gangguan
tapi lama kelamaan..rumah sewa anak dara di sebelah saya ni dah mula dilawati oleh budak-budak lelaki…ada yang datang bermotosikal dan ada yang datang dengan menaiki kereta….
“Entahlah ustaz..bukan tak tegur..dah tegur dah….tapi jawab budak lelaki yang datang bertandang tu…pakcik ni sapa?…bapak diorang ke ..????” terkedu saya ustaz apa nak dikata lagi…..”Kadang-kadang ustaz bebudak lelaki tu duduk rumah sewa budak perempuan sampai ke tengah malam….gerun saya ustaz….!!”
“Pernah sekali tu saya terfikir untuk melaporkan perkara ini kepada penguatkuasa jabatan agama…tetapi saya risau pulak nanti bebudak lelaki tu akan serang saya balik..atau apa-apakan keluarga saya..saya pun ada anak dara ustaz…risau saya ustaz…apalah upaya saya ustaz…”
“Berkenaan dengan anak gadis si ayah yang malang ni tadi..setiap hari keluar dengan pakwenya…maklumlah orang sedang bercinta..bercouple…mak bapak pulak jauh ..jadi line clear…ustaz..kadang-kadang tengah malam baru nampak balik ke rumah sewanya..entah lah..sedih saya apabila mengenangkan bapanya yang cukup baik.”
Suatu petang ustaz….sedang anak gadis si ayah ni keluar macam biasa dengan pakwenya….ayah si gadis ini sampai ke rumah sewa anak gadisnya….dengan menaiki motorsikal..di belakang motorsikalnya itu terikat tilam kekabu….sambil dia berhenti ..lalu terkial-kial si ayah ini cuba menongkatkan motornya…kerana tilam kekabu itu berat…..kemudian si ayah itu menjerit memanggil nama anaknya.. sambil mengelap peluhnya yang mengalir laju…terdengar suaranya yang mengah..memanggil-manggil anaknya..tetapi tiada sahutan…sunyi…kerana hari itu hari cuti…ada yang dah balik kampung hujung minggu dan ada yang biasa la..tengah menenggek di belakang motorsikal pakwe mereka…termasuklah anak gadis si ayah yang malang ini.
“Saya pun keluar dari rumah….lalu memanggil si ayah ini tadi..abang..mari masuk berehat di rumah saya dahulu…bebudak ni tak ada mereka keluar agaknya…”kata saya kepada si ayah .”
“Ke mana mereka pergi….agaknya…keluar ramai-ramai ke.bila balik agaknya.?” tanya ayahnya…bertalu-talu…saya hanya mendiamkan diri….lalu saya berkata kepada si ayah…tak mengapa bang…rehat dulu..abang letih tu datang dari jauh….bawak masuk motor abang tu ke dalam laman rumah saya….”
Si ayah bersetuju kerana tiada pilihan lain…nak balik alang-alang..dah sampai ..bukannya dekat..lagipun bukan senang nak datang balik…..si ayah nampak keletihan sambil menolak motorsikalnya dengan beban tilam yang berat.
Si ayah menunggu…sehinggalah waktu maghrib telah masuk….si anak masih tidak balik lagi….saya mengajak si ayah masuk ke dalam rumah mandi dan menunaikan solat maghrib ..kemudian saya menjamunya makan malam.Si ayah nampak keberatan tapi apa kan daya kerana menunggu anaknya …lantaran hati kecilnya merasa risau kalau-kalau anaknya tidak selesa tidur di atas toto…takut kesihatan anaknya terganggu.
Sedang kami duduk menunggu anaknya….yang masih tidak balik walaupun waktu isyak sudah lama berlalu….tiba-tiba si ayah sudah mengesyaki sesuatu…..lalu bertanya kepada saya…”Anak saya ni keluar dengan siapa sebenarnya encik?”
Saya hanya terdiam…tak terkata apa-apa….lalu saya menjawab…”beginilah bang..abang tunggulah sampai dia balik ..lihatlah sendiri dan tanyalah sendiri dengannya.”
Si ayah semakin risau……dan semacam sudah mengesyaki sesuatu yang tidak baik sedang dilakukan oleh anak gadisnya itu.Tepat pukul 2.15 pagi…barulah anak gadisnya pulang..dengan membonceng motorsikal pakwenya..memeluk mesra…pakwenya….berhenti di depan rumah sewa
Si anak gadis itu kemudiannya turun dari motorsikal pakwenya…sambil menanggalkan topi keledar diikuti oleh pakwenya,..itu….mereka tidak terus berpisah tetapi berbual mesra di hadapan rumah..tanpa menyedari…perlakuan mereka itu dilihat oleh kami berdua….
Mereka berpegangan tangan..sambil ketawa….bergurau….dan tiba-tiba..pakwe si gadis itu mencium bibirnya…!!!Subhanallah….saya tak boleh bayangkan keadaan ayahnya ketika itu yang bangun dan hendak bergerak menuju ke arah anaknya…tetapi saya tahan….kata saya kepada ayahnya..:”Jangan bang…sekarang dah pagi…jangan mengamuk tengah ni nanti..abang yang dapat malu…biarkan budak lelaki itu balik dulu”.
Hampir setengah jam kami melihat babak mesra bercumbu dan berpeluk itu…barulah budak lelaki itu pulang…si gadis itu pun masuk ke rumahnya…..
Setelah beberapa minit barulah ayahnya menolak motorsikalnya…dan menghidupkan enjin lalu berhenti di depan pintu pagar rumah anaknya..seolah-olah dia baru sampai…lalu dia memanggil nama anaknya….Anak gadis ini membuka pintu sambil merungut terkejut dengan kehadiran ayahnya pada lewat pagi sebegitu…sambil katanya..:”hah ayah apasal datang pagi-pagi macam ni…..tak boleh tunggu besok..?
Si ayah terus meluru lalu menampar…muka anak gadisnya…menjerit-jerit…marah..”Oooo…..buat apa datang pagi buta ye….kamu tahu tak… aku sampai sejak dari petang tadi..menunggu kamu…bawakkan tilam untuk kamu…..jenuh aku tunggu kamu….ni ha…pakcik ni yang tumpangkan aku..rehat..sembahyang …makan…..aku datang dari jauh letih…sebab risaukan kamu…sayangkan kamu..tapi kamu…keluar sampai jauh malam….dengan pakwe kamu ye…dah la tu kamu bercium beromen depan aku..anak tak tahu diuntung….aku malu tau tak…maluuuuu….anak kurang ajar..anak derhaka….anak tak mengenang budi…..aku jaga kamu….aku tatang kamu macam minyak yang penuh….macam ini balasan kamu…macam ni balasan kamu..pada aku..haaaa!!! anak ****……..berdebub…gedebab….kali ini saya lihat dia terajang anaknya ustaz…..saya masuk ke dalam rumah dan memegang si ayah dan memintanya mengucap….beristighfar….bersabar……….
Anak gadisnya…menangis meraung…merayu…memohon keampunan…..hu hu hu ayahhhh…ampunkan alongggg….huwaaaaa…ayah alongggg salah …along berdosa dengan ayah…..hunhuuuuuu…….!!Kau memang anak celaka…..memalukan keluarga…orang tua..kalau mak kamu tahu ni pasti mak kamu akan sedih sangat….tadi..mak kamu nak ikut..rindu nak tengok kamu…aku tak bagi tau tak…. sebab nak bawak tilam ni….kamu tau tak tilam ni berat….tilam kekabu…aku bawak dari kampung jauh….terhoyong hayang aku..bawak motor…tadi pun nyaris tak kena langgar dengan lori..tau tak…??
Kata si ayah sambil menangis…….suasana pilu…..saya juga menitiskan air mata….sedih melihat ayah yang separuh abad,,,menangis kecewa dengan perbuatan anak gadisnya.“Sudah..kau kemaskan barang….pagi ni jugak balik ikut aku….balikkkkk…ikut aku…cepatttt,………kata ayahnya….
Sejak itu ustaz saya tak nampak lagi anaknya itu balik ke rumah sewa disebelah rumah saya itu…Tilam yang dibawa oleh ayah si gadis itu masih ada di rumah saya ditinggalkan oleh ayahnya…kerana tidak mampu dibawa balik lantaran si ayah membawa anaknya balik pada malam itu juga.
Pada malam itu juga si anak gadis itu balik ke kampungnya,….dengan membonceng motor…tetapi bukan di belakang pakwenya…tetapi dibelakang bapaknya……kesiannn ustaz…kesiannnn……

Read more...

Adab Menyikat Rambut


Rasulullah s.a.w melarang menyikat rambut di dalam kamar mandi kerana perbuatan itu melemahkan umbi rambut.

Seseorang itu hendaklah duduk ketika bersikat kerana ia akan mengguatkan otot jantung dan elak daripada melakukannya secara berdiri sebab ia akan melemahkan jantung.

Seseorang yang bersikat ketika berdiri akan terjebak dalam masalah hutang.سبحان الله…

Adalah makruh menggunakan sikat yang diperbuat daripada perak atau bersadurkan perak.

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Powered By PiyeCoolNesloBeng

Anda Bila Lagi??