Recent Posts

Wednesday, October 26, 2011

Antara MAK dan KEKASIH...Apakah Kamu Buta wahai Anak?????



Bila seronok, Engkau cari....pasangan
Bila sedih, Engkau cari....Mak
Bila berjaya, Engkau ceritakan pada....pasangan
Bila gagal, Engkau ceritakan pada....Mak
Bila bahagia, Engkau peluk erat....pasangan
Bila berduka, Engkau peluk erat....Emak
Bila nak bercuti, Engkau bawa....pasangan
Bila sibuk, Engkau hantar anak ke rumah....Mak
Bila sambut valentine.. Engkau bagi hadiah pada pasangan
Bila sambut hari ibu...Engkau cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. Engkau ingat pasangan
Selalu.. Mak ingat kat Engkau
Bila-bila... Engkau akan talipon pasangan
Entah bila... Engkau nak talipon Mak
Selalu...Engkau belikan hadiah untuk pasangan
Entah bila... Engkau nak belikan hadiah untuk Emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
bolehkah kau jaga Mak sepertimana Mak jaga kau?
bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
tapi itu bukan yang seorang Mak inginkan dari anaknya... 
Yang Mak mahukan hanyalah nilai kasih sayang seorang Anak kepadanya...
adakah itu susah bagi seorang anak???

Berderai air mata jika kita mendengarnya.¿¿.¿¿.¿¿.¿¿.¿¿.¿¿.¿¿.¿¿

Tapi kalau Mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
KENAPA MAK SANGGUP TINGGALKAN ANAK MAK??
RINDU MAK...JNGAN TINGGALKAN ANAK MAK....

  Tapi ketika IBU masih di dunia langsung x dihiraukan....
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Ingatlah wahai anak...Ibu hanya SEORANG bagi setiap manusia...

Tiada insan yang dilahirkan oleh DUA ibu di dunia ini....

Pasangan pula ramai di dunia  ini....Kamu harus ingat akan ini...

Anak...setitis air mata ibu disebabkan kamu....tidak berkat hidup kamu 

wahai anak...

Read more...

Tuesday, October 25, 2011

MENYINGKAP RAHSIA TANGISAN.


HULAMAK AIHH!!!biasa kita dengar nanges nie xdak pekdahnye kan...tapi kita dah silap sebena nya...Nanges ni rupe2nye ade baiknya jugak...Sini aku nak kongsi ngan semua, kebaikan nanges nie...

Siapa kata menangis tidak ada faedahnya? menangis terlalu lama boleh membuatkan mata merah dan bengkak. Tapi , menangis dan mengeluarkan air mata boleh menjadi ubat ajaib yang berguna bagi kesihatan tubuh dan fikiran. Apakah keajaiban itu?

Dipetik dari Beliefnet, ini dia 7 keajaiban yang anda perolehi setelah menangis dan berair mata:

1. Membantu penglihatan
Air mata terbukti membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur.


2. Membunuh bakteria
Tak perlu ubat eye drop tu, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria secara semulajadi. Di dalam air mata terkandung cecair yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95% bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pemegang tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandungi bakteria, hanya dalam 5 minit.

3. Memulihkan mood
Seseorang yang menangis boleh menurunkan level depresi kerana dengan menangis, mood seseorang akan pulih kembali. Air mata yang dihasilkan dari menangis kerana emosi mengandungi 24% protein albumin yang berguna dalam mengembalikan sistem metabolisme tubuh berbanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.

4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan berjaya mengkaji bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis kerana emosi dikatakan mengandungi racun. Tapi jangan salah faham, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya melalui mata.

5. Mengurangkan stress
Macam mana menangis boleh mengurangkan stress? Air mata dikatakan mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.

6. Mengeratkan hubungan silaturahim
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga boleh membantu seseorang mengeratkan silaturahim antara kawan-kawan. Biasanya seseorang yang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan kawan-kawannya atau seseorang yang boleh memberikan sokongan, dan seterusnya meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi.

7. Me’rileks’kan perasaan/diri
Semua orang pernah mengalamai perasaan selepas menangis. Walaupun anda didera pelbagai masalah dan rintangan, namun selepas menangis pasti akan me’rileks’kan perasaan dan diri. Selepas menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiran anda dengan menangis, jangan dipendam kerana anda boleh menangis sepuas-puasnya tanpa halangan.


p/s : Jadi, apa salahnya kalau kita menangis sekali sekala kan ^_^
Read more...

Saturday, October 22, 2011

My Life More Fun With "HORTICULTURE"


































































Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Powered By PiyeCoolNesloBeng

Anda Bila Lagi??