Recent Posts

Friday, November 4, 2011

LESBIAN , GAY NAK DUDUK KHEMAH MANA DI ARAFAH?

Islam mengakui kebebasan manusia. Ia suatu hal yang kudus. Kebebasan dalam erti kata menghormati sifat manusia, bukannya kebebasan yang menjerumuskan manusia kepada sifat binatang dan antimanusiawi.

Hal ini berlaku kerana Islam meletakkan manusia sebagai makhluk paling mulia, jauh berbeza dengan binatang. Hatta bukan Islam juga diberikan hak untuk dihormati dan diberikan kebebasan yang sama.




Nabi SAW bangun menghormati jenazah orang Yahudi yang menurut baginda manusia yang layak dihormati. Nabi SAW menyambut rombongan Kristian Najran di dalam masjid kedua paling mulia iaitu Masjid Nabawi.

Baginda menulis surat yang dimulakan dengan salam untuk menghormati penerima suratnya, yang terdiri daripada Kisra Parsi yang beragama Majusi, Kaisar Rom yang beragama Kristian dan Muqauqis.

Ya, Islam hormati kebebasan, tetapi dalam batasan manusiawi yang sudah pasti diakui manusia seluruhnya secara universal sebagai prinsip yang wajar diterima dan diperakui.

Namun apabila ada yang cuba merendahkan taraf manusiawi insan lebih rendah berbanding haiwan, golongan syuzuz, aneh, pelik dan antimanusiawi ini wajar ditentang.

Binatang pun tahu pasangannya. Ayam jantan pasti akan mengendeng kepada ayam betina. Ayam jantan payah nak duduk sekali dengan ayam jantan lain. Ayam ayam jantan ini pasti bergaduh sakan merebut ayam betina.

Mereka mustahil bergaduh untuk berebut sesama jantan. Wow! Apa sudah jadi kalau manusia sudah jauh lebih hina daripada binatang?

Seksualiti aneh wajar ditentang

Yang jantan berpasangan dengan jantan yang lain, dan begitu jugak yang betina. Tak malukah kepada ayam, itik, angsa, katak dan segala binatang senatero alam?

Kalaulah ayam itu boleh bercakap bahasa manusia, sudah pasti ayam itu akan menyindir manusia yang aneh dan pelik ini.



Mungkin ayam jantan tu akan berkata: "Jantan jenis apa kamu ini, memalukan manusia dan binatang jantan."

Golongan yang memperjuangkan seksualiti aneh dan pelik ini wajar ditentang kerana mereka tiada tempat untuk duduk bersama manusia yang normal.

Mereka akan membawa wabak yang merosakkan sifat manusiawi. Mereka juga pasti membawa kerosakan dan bala kepada manusia normal.

Teringat saya sekitar 15 tahun lalu sewaktu menguruskan jemaah haji, pihak kaunseling bertanyakan saya tentang hasrat sekumpulan maknyah dan pondan yang ingin menunaikan ibadat haji.

Saya sambut dengan rasa gembira hasrat mulia mereka untuk dekat dengan Allah. Bagilah mereka peluang untuk kembali dekat kepada Allah kerana rahmat Allah itu tiada batasannya.

Rahmat Allah meliputi segalanya. Hanya dosa syirik yang Dia tidak ampunkan. Yang lain, semuanya akan diampun bagi yang bertaubat dan memohon keampunannya, terlebih lagi kalau dilakukan di tanah suci - di Arafah sewaktu wukuf dan di Mina sewaktu mabit.

Kenapa tak mahu hidup serupa?

Namun persoalan mereka itu tidak berakhir di situ. Saya silap! Mereka yang jadi maknyah ini sebahagiannya sudah berubah bentuk fizikal menjadi jantina lain, sedangkan jantina asal masih kemas tercetak dalam KPT mereka.

Soalan utama mereka: Mereka kena pakai telekungkah? Mereka hendak solat dalam saf wanita? Nanti kalau pergi Arafah, mereka kena pakai telekung atau pakai kain ihram dua helai seperti lelaki lain?


Kalau pakai kain ihram macam lelaki sejati, bukankah akan tersembul dua bukit itu? Bukankah itu akan mengganggu lelaki lelaki normal yang berwukuf dan berihram nanti? Nanti di Mina, mereka hendak tidur khemah mana?

Saya tiada jawapan! Sekadar saya bertanya kembali, golongan wanita asli, bolehkah menerima mereka duduk dalam satu saf dan satu khemah? Sebab yang pasti suara garau mereka pasti akan mengganggu talbiah dan takbir wanita.

Manakala bagi khemah dan saf lelaki normal, apakah mereka boleh menerima mereka dalam keadaan lenggok badan mereka yang berbeza. Di samping kalau mereka berihram, sudah pasti bonjolan dada mereka akan mengganggu ibadat orang lain.

Tetapi, kalau buat khemah khusus dan saf khusus untuk mereka pula, sudah pasti pihak yang menyediakan kemudahan itu tetap akan dituduh mendiskriminasi mereka pula, sebab menganggap mereka seperti makhluk lain?

Yang pastinya, kenapa mereka tidak mahu hidup serupa dan sama rata seperti manusia lain? Bukankah itu manusia yang sebenar?

Saudara fikir bagaimana hendak bantu jawapan saya? Hendak letak mereka dalam khemah mana?





Read more...

BILA "RESUME" SEBEGINI RUPA

AYAM KAMPUNG BIN AYAM HUTAN
5 Jalan 3/4
Taman Bukit Indah
68000 Ampang Selangor.
(Rumah pakcik angkat saya)
Tuan Pengurus Besar Kanan
Malaysia Airlines System
21 Sep 2005

Tuan,
Memohon Pekerjaan di Malaysia Airlines System.

Sehubungan dengan perkara diatas, saya AYAM KAMPUNG BIN AYAM HUTAN no k/p (
terpaksa dirahsiakan untuk mengelakkan LHDN cari) mahu memohon untuk bekerja disyarikat tuan dalam bidang teknikal. Ini kerana saya sangat berminat & bersungguh2 sampai tak boleh tido malam mengingatkan pekerjaan dalam dalam bidang ini. Walaupun begitu saye mengaku sebab saye mintak kerja disini kerana Saya juga adalah seorang petani anggur. Disebabkan begitu pihak tuan Kenalah ambil saya bekerja disini.

1. Pihak tuan perlu tahu juga bahawasanya bapa saya iaitu AYAM HUTAN adalah seorang ahli KWSP. Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja saya serta merta akan menyuruh bapa saya membekukan pengeluaran KWSP pihak tuan masa tua nanti. Jika pihak tuan tak nak susah baiklah ambil saya bekerja disini.Itu saja keotaian saya.

2. Untuk pengetahuan pihak tuan, disini saya akan tampilkan kelayakan akademik dan pengalaman kerja saya sebelum ini kepada tuan.

3. Akademik Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional 1999-2000

Matapelajaran : (gred)
Bahasa Malaysia 6D
Bahasa Inggeris 6D
Sains 7E
Matematik 6D
Pendidikan Islam 5C
Sejarah 7E
Lukisan geometri 7E
Teknologi air-condition 6D
Kerja bengkel 3B
Sijil Kemahiran Malaysia 2001-2002 (MLVK) Sijil Kejuruteraan Automotive (Tahap 1&2) dari Institut latihan Perindustrian Kementerian Sumber Manusia Malaysia

4. Pengalaman kerja
!P Pembantu mekanik kereta di Yusuf Workshop, Ipoh , Perak

!P Pembantu mekanik kereta di Dunlop Servitekar di Leboh Ampang, Kuala Lumpur (kedai gemok) p/s (alignment kat situ tipu)

!P Staff pejabat di Gesundheit Worldwide di Semabok, Melaka. (pusat
serenti)

5. Hanya ini sahaja dapat saya tampilkan kepada pihak tuan. Diharap dengan kelayakan yang saya ada, permohonan saya untuk bekerja disyarikat tuan dapat dipertimbangkan oleh tuan. 
Dan saya berasa gembira & seronok & akan belanja satu MAS makan sekiranya diterima bekerja di syarikat tuan dan saya berjanji akan bekerja dengan bersungguh-sungguh disamping bangun awal dan datang kerja awal. Saya tak tipu nie. Walaupun saya pernah ponteng skolah dan ditangkap beberapa kali saya akan insaf juga jika saya dapat kerja ini.
Saya tidak akan hisap ganja lagi jikalau saya dapat kerja disini. Sekiranya saya didapati bersalah dalam apa2 juga kesalahan pihak tuan tidak boleh ambil tindakan yg kuat disamping menjentik jari saya sahaja. Untuk makluman tuan saya sangat kurus jikalau dirotan sekali tulang2 saya akan bersepai dan pihak tuan akan mendapat susah yang amat sangat. Saya juga berjanji tidak akan mencuri skru2 nat2 yg lawa2.jika saya nak mencuri saya akan ambil sahaja dan masuk dalam poket seluar itu tidak dikira mencuri. Saya pun dah penat menulis segala nya bermula & berakhir dgn baik. Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja hidup pihak tuan akan berakhir dengan bacaan yasin dan kunjungan org ramai.

Sekian terima kasih.

Yang benar,
(AYAM KAMPUNG BIN AYAM HUTAN)
25 Jalan 3/4
Taman Bukit Indah
68000 Ampang
Selangor

_________________
......................................................................................
Dengan memberi aku menerima, Dengan memaafkan aku dimaafkan, Dengan menyayangi aku disayangi, Dengan mengasihi aku dikasihi, Dengan mencintai aku dicintai, Dengan cinta aku bangkit kembali.


Sumber : http://www.pendekarberkuda.org
Read more...

BILA IKAN MASIN BERBAHAYA

Ikan masin atau dikenali ikan jeruk
______________________________________________________________________________________________________________


Kekerapan pengambilan makanan yang diawet dengan garam seperti ikan kering, ikan masin masam dan lobak asin dikhuatiri menjadi punca barah nasofarinks.
PENGAMBILAN ikan masin dan produk awetan garam lain sudah sebati di kalangan masyarakat Asia. 
PENGAWETAN ikan melalui kaedah penggaraman masih popular di banyak negara termasuk Malaysia. Ikan masin tetap tersenarai sebagai salah satu bahan penting dalam diet tempatan.
Kebimbangan yang ingin dibincangkan adalah sama ada boleh berlaku risiko pada kesihatan jika ikan, telur atau sayur masin, menjadi makanan kita setiap hari.
SEGERALAH bertemu doktor jika anda sering berdepan dengan masalah hidung tersumbat, berdarah atau mengalami gangguan penglihatan dan pendengaran.
Antara lain, pernah dilaporkan tentang kandungan zat nitrosamin yang terdapat dalam ikan masin mampu mengaktifkan virus Epstein-Barr (EB) sehingga menimbulkan masalah pada bahagian nasofarinks.Makanan popular yang dikhuatiri turut menyumbang kepada permasalahan ini adalah sayur yang diperam dengan garam seperti lobak dan kobis masin serta taucu.
“Memang ada pendapat dan teori mengenai kaitan kanser nasofarinks dengan pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam secara terus-menerus dalam jumlah banyak dan jangka masa panjang. Namun, ia belum dibuktikan secara kukuh dan menyeluruh,” ujar pakar telinga, hidung dan tekak (ENT), Dr. Imran Abdullah.
Di kawasan itu terdapat saluran yang menghubungkan tekak dengan telinga (Eustachius) dan Adenoid, iaitu jaringan limfoid.
Di situ juga terletaknya banyak jaringan saraf yang menentukan fungsi mata serta mekanisme menelan di belakang kedudukan lidah.“Faktor pencetus barah ini daripada pemakanan ikan dan sayur masin sebenarnya bermula daripada kisah migrasi generasi pedagang China dari Canton. Merekalah yang dikaitkan dengan barah jenis ini,” terang Imran.
Penyebab nasofarinks lain ada kaitan dengan keadaan sosial dan ekonomi. Lazimnya faktor itu menerangkan keadaan mereka yang tinggal di persekitaran yang diselaputi udara tidak bersih.
Lebih memburukkan adalah apabila sesebuah kediaman itu mempunyai sistem aliran udara yang teruk.
Dalam rekod perubatan dunia, banyak data dikumpulkan mengenai latar belakang penghidap kanser nasofarinks.
Mereka ialah di kalangan yang bekerja atau tinggal berdekatan kawasan yang terdedah kepada pelepasan bahan kimia seperti gas toksik, asap industri dan asap kayu.
Amalan pembakaran colok dalam kediaman juga pernah menjadi topik yang menimbulkan tanda tanya.

Ada statistik yang jelas mengaitkan penyakit ini dengan bangsa Cina. Di seluruh dunia, baik bangsa Cina yang di negara asal atau yang bermastautin di perantauan, semuanya didapati berisiko tinggi untuk menghidap kanser jenis ini.Pemerintah Hong Kong misalnya, telah menjalankan kempen besar-besaran untuk mendidik komuniti bot yang biasa memberikan anak kecil mereka makan ikan dan telur asin.
“Masyarakat pinggir pantai pelbagai bangsa di Malaysia juga banyak makan jenis makanan yang sama. Kalau begitu, komuniti Melayu juga perlu berhati-hati dengan ancamannya, bukan hanya orang Cina,” jelas Imran tentang perbandingan statistik penghidap mengikut kaum.

Lelaki dilaporkan lebih cenderung menghidap kanser ini dengan kebanyakan daripada mereka yang sampai ke fasa serius mengalami serangan tumor yang sangat aktif terutamanya di bahagian leher.
Berbanding wanita, kemungkinan lelaki menghidapnya adalah 2.5 kali lebih tinggi. Ramai yang beranggapan ia ada kaitan dengan perbezaan hormon antara kedua-dua jantina.
Kanser ini mencatat kes kekerapan tertinggi di kalangan lelaki Malaysia yang berusia antara 15 dan 49 tahun. Ia menyumbang 18 peratus daripada keseluruhan kes barah di negara ini.

Menilai risikonya yang dipicu pelbagai faktor yang berubah-ubah, nyata kanser nasofarinks tidak mustahil dihidapi kanak-kanak.
“Jika mendapat petanda gejala seperti hidung berdarah, seseorang perlu bertemu doktor dan mendapatkan rawatan segera.

“Ia bermula dengan simptom peringkat awal seperti hidung berdarah atau ludah yang disertai darah. Jangan sampai ia ke tahap yang lebih serius seperti terdapat benjolan pada leher atau gangguan deria penglihatan,” Imran mengingatkan.
Tanda-tanda lain yang perlu diberi perhatian serius adalah rasa berdesing dalam telinga, sakit kepala yang teruk hingga tidak dapat diatasi dengan pengambilan aspirin.
Nasofarinks merupakan bahagian atas pharynx-tubul yang bersaiz lima inci dan memanjang dari belakang hidung sehingga ke bahagian atas paip angin dan esofagus.


NASOFARINKS adalah bahagian tekak atas dan di belakang rongga hidung yang bersempadan
 dengan dasar tengkorak, lelangit dan rongga mulut.


Read more...

BILA NOTA MEMBONGKARKAN RAHSIA SEXS GURU

BEBERAPA keping salinan gambar menunjukkan kelakuan
buruk seorang guru  di Batu Caves, Selangor.
________________________________________________________________________________________________________________________

“Cikgu membisikkan perkataan kotor di telinga saya dan bertindak menyelak baju sehingga butang tercabut.” 
Demikian catatan seorang murid perempuan di sebuah sekolah rendah di Batu Caves dekat sini yang mendakwa diganggu secara seksual dan kerap dimaki oleh seorang guru lelaki sejak kira-kira dua tahun lalu.
Selain itu, guru berkenaan didakwa berkelakuan pelik apabila kerap menampar dan menendang kaki murid-murid lelaki dan perempuan di sekolah tersebut sesuka hati tanpa sebarang sebab.
Seorang bapa kepada salah seorang mangsa, Hairul Jasry Jamaluddin, 30, mendakwa, anaknya risau setiap kali hendak ke sekolah sejak akhir-akhir ini ekoran perbuatan guru tersebut.
“Saya telah buat aduan kepada pihak sekolah setelah membaca catatan pada nota anak saya.
“Bagaimanapun, saya kurang puas hati kerana pihak sekolah tidak mengambil tindakan dan saya kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak dua hari lalu,” katanya di pejabat Kosmo! di sini semalam.
Seorang lagi bapa, Sujari Hassan, 42, mendakwa, anaknya telah beberapa kali mengadu tentang kelakuan guru tersebut sejak tiga bulan lalu.
“Saya terkejut apabila dimaklumkan oleh anak saya bahawa guru itu menyelak kain dan cuba memegang kemaluannya di hadapan rakan yang lain,” katanya.
Seorang lagi pengadu, Mohd. Safee Soefjan, 47,  berkata, beberapa guru di sekolah itu mengakui sikap pelik guru  terbabit dan mereka turut mempunyai bukti termasuk catatan  beberapa mangsa.

Read more...

BILA PELACUR PUNYAI TAKTIK BARU


KUALA LUMPUR: Gadis penjual bunga. Itu taktik terbaru digunakan sekumpulan 31 wanita termasuk tujuh warga tempatan menjual kalungan bunga plastik kepada pelanggan yang menjamu selera di Medan Selera Jalan Geylang, Pudu, di sini, sebelum menawarkan khidmat seks.
Kegiatan wanita terbabit yang kebanyakan pelacur pernah diserbu, tetapi aktif semula beberapa minggu kemudian.
Wanita terbabit yang berpakaian seksi dan sering menari mengikut rentak muzik di atas pentas utama di medan selera itu akan pergi ke meja pelanggan yang menjamu selera untuk memujuk mereka membeli bunga kalungan yang dijual dalam empat jenis iaitu berwarna oren, merah jambu dan kuning serta berbentuk mahkota.

 Setiap bunga kalungan berkenaan dijual pada harga RM20, RM50 dan RM100 manakala untuk bentuk mahkota berharga RM200. Jika pelanggan membeli lebih bunga yang dijual, mereka berhak mendapatkan khidmat seks daripada penjual bunga terbabit. Pelanggan boleh melakukan aktiviti itu sama ada menyewa hotel atau di rumah pelanggan.
Bagaimanapun, kegiatan itu dibongkar dalam operasi dijalankan Cawangan Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, malam kelmarin.
Dalam serbuan jam 12 malam itu, 11 wanita didapati memujuk pelanggan membeli bunga kalungan daripada mereka manakala 20 wanita lagi menyanyi dan menari di atas pentas.


Read more...

STRATEGI IBLIS TERHADAP MANUSIA

_________________________________________________________________________


Semoga entri ini berguna buat para wanita…


Strategi Pertama – Menghilangkan hijab(penutup)

Perubahan zaman dan budaya manusia menyebabkan pakaian lebih berfesyen dan semakin banyak baju yang merendahkan aurat. Pada tahap ini syaitan berbisik kepada wanita dengan berkata bahawa pakaian hanyalah sekadar hiasan dan tiada berpengaruh dengan agama. Justeru itu, tidak mengapa sekiranya memakai pakaian yang membuka aurat. Namun, teknik ini tidak semestinya berkesan terutama kepada wanita yang berpendirian dan percaya bahwa memakai pakaian syar’i ialah satu ibadah dan bukan sekadar berfesyen. Jika hasutan ini gagal, syaitan akan beralih kepada strategi yang lebih licik seperti di bawah.


Strategi Kedua – Membuka bahagian tangan

Aurat wanita meliputi seluruhnya kecuali muka dan tapak tangan. Seharusnya menjadi kebiasaan tapak tangan tidak ditutup. Jadi, syaitan mengambil kesempatan ini untuk menghasut wanita dengan berkata {tak mengapa jika memakai baju lengan pendek….kamu masih pakai tudung..}. Di pasaran pula banyak pakaian berlengan pendek terutamanya fesyen baru. Wanita yang terpedaya pun memakai baju lengan pendek dan ternyata ia kelihatan biasa pada pandangannya maupun pandangan seorang lelaki, lalu syaitan berbisik lagi {tidak mengapa kan..?}


Strategi Ketiga – Membuka leher dan dada

Setelah menjadi kebiasaan merendahkan sebagian lengan, datang lagi syaitan dan berbisik {tak mengapa kan membuka lengan…sekarang ada fesyen baru yang merendahkan bagian dada..baju ini terbuka sedikit saja agar kamu tidak terasa panas…orang pasti berkata biasa saja…} Wanita itupun memakailah baju tersebut, daripada merendahkan sedikit, sehingga yang nampak lagi bahagian dadanya.


Strategi Keempat – Berpakaian tetapi bertelanjang

Tidak cukup dengan itu, syaitan membawa lagi idea baru. Kali ini syaitan berbisik {baju kamu itu dah biasa …dah ramai orang yg pakai…sekarang ini ada fesyen baru lagi…baju ini tipis dan ketat saja..boleh kamu tunjukkan bentuk badan kamu yang cantik itu..tidak apa-apa, sebab potongan baju ini masih panjang…} Maka wanita ini pun memakai baju berfesyen sebegitu sehingga menjadi kebiasaan malah baju yang dipakai semakin ketat dan jarang. Jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai kasiyat ‘ariyat (berpakaian tetapi telanjang)


Strategi Kelima – Membuka sedikit

Setelah memakai pakaian ketat dan jarang, datang lagi syaitan dan berbisik {susah la kalau kamu pakaian ketat semacam ini…bergerak pun terasa terbatasi…apa kamu cuba kain yang telah dibelah sampai ke lutut…nanti lebih senang kamu untuk duduk..tidak mengapa kamu rendahkan sedikit saja yang penting kamu selesa…} Maka dipakailah pakaian wanita yang terbelah. Ternyata ia memberi keluasan dan memudahkan dlm bergerak


Strategi Keenam – Membuka telapak kaki dan tumit

Syaitan berbisik lagi {sudah tak sesuai lagi kamu berpakaian ini…kain ini masih bagus walaupun dibelah hingga lutut…kamu potong aja lagi hingga diatas tumit…kamu pendekan kain ini sehingga atas tumit akan memudahkan km berjalan..} Wanita terus mengikuti godaan syaitan ini dan memakai kain singkat serta ditambah pula dengan kasut tumit tinggi.


Strategi Ketujuh – Membuka separuh betis

Sekarang, wanita ini sudah biasa memakai kain singkat dan ternyata masih kelihatan biasa pada pandangan orang. Syaitan berbisik lagi {fesyen kamu ni masih biasa saja…orang macam tak kisahkan…apa kata kamu cuba fesyen lain yang lebih menonjol..di pasaran banyak kain skirt..tak perlu beli yang sangat pendek …yang separuh betis saja..} Sekarang ni syaitan sudah menjadi seperti penasihat peribadinya. Maka dituruti hasutan tersebut. Pada tahap ini tudung sudah tidak dipakai.


Strategi Kelapan – Membuka seluruh betis

Wanita ada terfikir { Betulkah tindakan aku ni? Apakah tidak berselisih dengan wanita zaman nabi dulu ? } Syaitan pula menggunakan muslihat dengan mengaitkan zaman dahulu dengan sekarang. Syaitan berkata {AH!! tidak…sekarang zaman dah berubah..dulu lelaki tak suka kalau perempuan menampakkan auratnya, tetapi lelaki sekarang banyak yang suka… yang seksi-seksi terutama, mesti tidak terlalu seksi tp terbuka sedikit…di pasaran banyak pakaian zaman sekarang yang menampakkan seluruh betis….kalau kamu tidak ikut kamu akan ketinggalan zaman..} Maka pakailah wanita tersebut pakaian yang menampakkan seluruh betis.


Strategi Kesembilan – Serba mini

Setelah pakaian menampakkan seluruh betis menjadi kebiasaan, datang lagi syaitan menghasut {pakaian kamu perlu ada variasi. Jangan pakai yang seperti itu saja..kamu perlu pakai skirt mini…kamu akan nampak lebih seksi dan menawan..} Maka pakailah wanita ini skirt mini malahan bukan skirt saja yang mini, bajunya, skirtnya, semuanya dah menjadi kecil dan seksi. Bajunya juga sudah bervariasi seperti berlengan pendek, merendahkan sebagian dada dan sebagian pehanya. Ada yang dikhaskan untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam dan sebagainya.


Strategi Kesepuluh – Hampir semua terbuka

Muncul pula keinginan untuk mandi di kolam renang terbuka dan pantai. Syaitan berbisik {pakailah kamu bikini..semua di sana pakai baju itu…kamu tak perlu malu ..} Wanita ini pun tanpa segan lagi memakai bikini yang hanya menutup sebagian dada dan pahanya. Dia pun bersuka ria terutama apabila semua lelaki memandangnya. Pada tahap ini auratnya sudah tidak diendahkan lagi.

Read more...

BILA MINAH REMPIT BOGEL




Aku rasa  la minah ni ade penyakit pelupa...hahaha...aniways dia heppy...: p

Read more...

TRADISI BARU, MAHASISWA/I "BERBOGEL" SELEPAS PESTA GRADUASI


Presiden Korea Selatan Lee Myung-bak mengatakan, reformasi pendidikan merupakan salah satu agenda utama negara tahun ini.
Beliau berjanji untuk selalu hadir dalam setiap pertemuan bulanan, yang diadakan untuk mengubah sistem pendidikan masyarakat.
“Reformasi pendidikan salah satu agenda utama kerajaan kita tahun ini,” kata Lee dalam satu ucapan melalui radio seminggu lalu.
“Kerajaan akan mengadakan pertemuan setiap bulan untuk meninjau polisi mengenai kurikulum pendidikan dan segala sesuatu yang berkaitan dengan budi pekerti pelajar. Diharapkan dalam tempoh terdekat ibu bapa dan guru akan segera merasakan perubahan yang nyata,” kata Lee.

Lee mengumumkan dasar tersebut setelah menyaksikan puluhan gambar telanjang para remaja yang merayakan pesta graduasi mereka.
Gambar bogel beberapa remaja yang berpesta bogel ini muncul di laman internet dan mengejutkan ibu bapa mahupun guru.
Pelbagai komen-komen negatif terhadap karenah para remaja muncul.
“Mereka telah menodai adat istiadat, kebudayaan dan keramahan bangsa ini. Namun masalah yang asas adalah bagaimana menyedarkan para pelajar tentang makna sebuah pendidikan,” kata Lee.
Minggu lalu, Lee menyebut masalah tersebut sebagai anjakan budaya yang melanda remaja adalah masalah dan penyakit serius yang harus segera dibanteras.
“Kita perlu mula melakukan pendekatan terhadap para remaja melalui kepentingan budaya dan adat istiadat dan menanamkannya dalam fikiran mereka,” kata Lee.





Read more...

MENARI UNTUK TUBUH LANSING

CELEBRITY Fitness membawa satu lagi pendekatan untuk mereka yang mengidamkan tubuh yang memikat
_____________________________________________________________________________________


CELEBRITY FITNESS yang mempunyai lebih 100,000 ahli di 30 cawangan di Indonesia, India termasuk Malaysia memperkenalkan cara baharu mendapatkan bentuk tubuh yang menggiurkan.
Program yang dikenali sebagai Dance N' Attitude (DNA) kata Pengarah Urusan Celebrity Fitness, Choi Kwang Ho adalah konsep senaman tarian yang membawa satu pengalaman yang menyeronokkan kepada mereka yang menyertainya.
"Inspirasi DNA datang daripada pemerhatian kehidupan seharian dan gaya senaman ini juga mengikut trend semasa," katanya pada majlis pelancaran DNA di Pusat Gimnasium Celebrity Fitness di kompleks beli-belah 1 Utama baru-baru ini.
KWANG HO (berkot) bersama empat jurulatih yang profesional dan bertauliah.
_______________________________________________________________________________

Konsep DNA menawarkan empat jenis tarian yang berbeza yang dinamakan insanity, seduce, flavor dan raw.
Keempat-empatnya meliputi gerakan tarian seperti salsa, tango, flamenco, jazz, hip hop dan banyak lagi.
Usah gusar sekiranya anda bukan seorang penari kerana jurulatih bertauliah dan mesra seperti Baby -G, Sunny dan Stefan akan melatih anda.
Kepada yang berminat, sila layari www.celebrityfitness.com atau di www.facebook.com/CelebrityFitnessMalaysia untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci. - 




Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Powered By PiyeCoolNesloBeng

Anda Bila Lagi??