Recent Posts

Thursday, November 3, 2011

BILA 45 saat DIMANFAATKAN WANITA



Pernahkah anda jatuh cinta pada pandangan pertama? Jika pernah, bermakna anda telah mengalami kejadian ‘jarang’ berlaku. Sebabnya, menurut satu soal selidik yang dilakukan oleh beberapa pakar psikologi Britain, sebahagian besar responden telah menyatakan bahawa cinta pada pandangan pertama itu sebenarnya tidak ada. Yang ada hanyalah jatuh cinta pada pandangan keenam.
Beberapa pakar psikologi ini cuba untuk mengurai mekanisme cinta setelah meneliti beberapa responden wanita di Britain. Hasilnya, wanita perlukan masa untuk menilai daya tarikan pasangan, bermula daripada penampilan, bau, ekspresi wajah, serta gerakan.
Untuk memerhatikan secara teliti bahagian-bahagian tersebut, penyelidik telah menyatakan, wanita memerlukan masa selama 45 saat untuk melihat enam titik fokus pandangannya pada lelaki sebelum menerima untuk diajak berbual. Antaranya adalah:



1. Pandangan pertama sekurang-kurangnya lima saat untuk menilai warna mata dan ekspresinya.

2. 10 saat untuk menilai pakaian dan kekemasannya.

3. Lima saat seterusnya untuk menilai gaya rambut lelaki yang baru dikenalinya.

4. Pandangan seterusnya diarahkan ke tangan untuk menentukan sama ada pasangan mereka adalah lelaki dan sama ada dia memakai cincin kahwin atau tidak.

5. Mereka kemudian memerhatikan keadaan kasut yang dipakai lelaki tersebut.

6. Serta 15 saat untuk menilai gaya berjalan, ekspresi wajah, dan gerak tubuh.

Penelitian seumpamanya dilakukan juga terhadap beberapa wanita di Amerika Syarikat. Hasilnya begitu mengejutkan. Sebelum membuat keputusan untuk memilih seseorang lelaki, Pertama sekali, wanita Amerika akan melihat bibir lelaki terbabit, kemudian punggung mereka. Dan penilaian fizikal ini sudah cukup untuk membuat kesimpulan terakhir untuk mereka menerima atau tidak lelaki terbabit.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Powered By PiyeCoolNesloBeng

Anda Bila Lagi??